Followers

Monday, June 6, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

    HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

    Wednesday, May 4, 2011

    Kebahagiaan Dalam Perpisahan =.="

    Asal awak cari saya , call semua no saya malam 29hb april haritu . Dah la pukul 1 pagi . Mula2 awak call no celcom saya kan tapi saya xangkat . Awak , sorry saya silent kan phone tuu . Then awak call no maxis saya yang lamakan . Serius saya terkejut sebab saya dah tidur nyenyak time tu . Tiba2 pulak phone bunyi , saya ingatkan dah pagi kul 6 . Tapi time tu awak just missed call je kot . Then saya biar je sebab xdak credit nak call balik . Tapi xsampai 1 minit awak call saya balik kan .

    Awak , saya terkejut bila dengar suara awak . Ye la sebab dah lama awak diam , then tiba2 awak call saya . Saya cakap macam biasa je la . Kan kita kawan . Ada ke patut awak tanya saya kenal awak ke x . Kalo saya xsave nama awak pun saya boleh tau and ingat no awak . Oke lepas borak2 , awak share credit kat no celcom saya then kita text sampai kul 3 pagi . Dalam sejarah saya text awak sampai kul 3 pagi .

    Awak , kenapa awak text saya macam tu . Awak cakap rindu , sayang . Awak nak mainkan perasaan saya balikkan . Okey , saya ikut rentak awak ., tapi dalam hati saya sangat berat untuk terima apa yang awak pernah buat dekat saya .Sakit sangat awak tau . Tapi nak jaga hati , perasaan awak , saya cakap je . Then awak cakap nak jumpa saya petang Jumaat kan . Tapi saya cakap xboleh sebab saya jaga exam dari pagi sampai tengah hari , petang pulak saya nak pegi UiTM tengok sukan . Lagi pun awakkan kat pendang time tu . Then saya cakap jumpa 1hb / 2hb sebab time tu saya xdak paper . Tapi awak cakap kat saya awak akan mula keja kat HQ TM start 2hb Mei kan and akan menetap kat sana .

    Lepas awak cakap tu saya berkobar2 nak jumpa awak . Ye la , sapa xnak jumpa dengan kawan kan . Tambah2 lagi bila dia akan mula keja kat tempat baru and menetap jauhkan . Oke , kita janji nak karok kan petang tu . Tapi malam sebelum tiba hari tu awak call saya cakap nak jumpakan . Tapi saya cakap jumpa sekarang boleh la sebab saya nak pergi sekolah maksu saya ajar budak2 tu tapi awak nak jumpa saya lepas kelaskan . Mana boleh , saya bukannya balik rumah tapi tidur rumah maksu . Lepas tu awak merajuk dengan saya kan sampai awak letak phone and terus off phone . Bila saya call no maxis awak , awak xangkat pun kan . Then lepas lama tu saya call balik awak terus off semua phone . Sakit hati saya awak tau x .

    Then esoknya lepas saya jaga paper petang tu , saya pegi la kat tempat yang kita janji . Saya suruh member saya temankan sebab takut cari awak xdak . Kitaorg pusing2 tempat tu , siap beli chocolate banyak2 lagi sebab nak tunggu awak . Tapi tunggu punya tunggu xnampak awak pun . Then saya call adik awak tanya awak ada rumah x , adik awak cakap awak xbalik rumah lagi . Saya pesan kat adik awak suh awak call saya bila awak balik nanti . Lepas saya cakap dengan adik awak , saya terus balik rumah dengan hati yang sangat2 terluka , sedih sangat . Tapi saya xtunjukkan kat orang , saya pendam dalam hati . Malam tu saya tunggu awak call saya sampai saya tertidur . Bangun pagi esok terus saya tengok phone , tapi xdak orang call . Sedih awak tau x . Saya still berharap awak akan call saya , tapi semuanya hampa . Sampai sekarang awak off no tu and xcontact saya . Btw , saya dah tau cerita pasai awak . Eh , perempuan L , saya dah mula xcayakan awak . Maaf . Mr A saya , awak pun sama :'(


    tobecontinue

    04052011
      0909     

    Sunday, May 1, 2011

    AWAK , SAYA RINDU AWAK SANGAT2 . SAMPAI HATI AWAK XDATANG JUMPA SAYA SEBELOM AWAK PERGI KUALA LUMPUR HARI NIE . 
    DAH LA AWAK AKAN MULA KERJA KAT SANA ESOK AND TERUS MENETAP .
    AWAK TAU X YANG SAYA SANGAT2 RINDU AWAK SELEPAS AWAK MUNCUL KEMBALI .
    AWAKKKKK :'(

    FAKTA-fakta menarik mengenai lelaki

    1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

    2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

    3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

    4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

    5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

    6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

    7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

    8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

    9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

    10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

    11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

    12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

    13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

    14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

    15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

    16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

    17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

    18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

    19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

    20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

    21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

    22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

    23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

    24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

    25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

    26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

    27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

    28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

    29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

    30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

    31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

    32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

    33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

    34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

    35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

    36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

    37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

    38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

    39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

    40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

    41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

    42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

    43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

    44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

    45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

    46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

    47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

    48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

    49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

    50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.