Followers

Saturday, November 21, 2009

KENAPA PERLU BERCINTA ?



CINTA


Cinta adalah tiang sendi segenap sendi utama di dunia,jika tiada nescaya akan kiamatlah dunia.

-Ahli budiman perwira

apakah cinta? adakah cinta hanya perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan sahaja atau cinta adalah perkataan rekaan yang dicipta melalui perasaan sahaja? mengikut kamus dewan cinta adalah perasaan kasih sayang terhadap seseorang.

sebenarnya cinta boleh ditafsirkan dengan seribu istilah mengikut si pencipta dan suasana. namun pada asasnya cinta membawa maksud bekerja bersama-sama , ketawa bersama-sama, membangun bersama-sama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. cinta juga bermaksud kamahuan berkongsi kejayaan bersama-sama sama ada kejayaan kecil ataupun besar.

Cinta sejati sebenarnya perlakuan dan perasaan kasih sayang yang tidak melanggar hukum dan peraturan agama,adat,dan kesopanan masyarakat dan undang2 negara..

ada pula yang menyatakan cinta membuat seseorang tidur
tidak lena dana makan tidak kenyang. sebenarnya keadaan ini tidak wujud. oleh sebab kefahaman tentang isu cinta kabur timbul persoalan yang mengancam jiwa orang yang bercinta seperti:

1)adakah cinta seorang lelaki sama dengan cinta seorang wanita?
2)apakah yang perlu dilakukan untuk memperkatan cinta?
3)dari manakah datangkan kekuatan cinta yang begitu dasyat?..
4)apakah saya benar-benar dicintai?
5)apakah dia tidak mengkhianati cintanya?
6)apakah dia sungguh-sungguh mencintai saya?
7)bagaimanakah sebenarnya cinta yang agung?

8)benarkah orang tidak boleh hidup tanpa cinta?
9)mengapakah saya menjadi mangsa cinta?

kebiasaan hidup yang baik boleh mendorong seseorang itu maju dalam kehidupannya,tetapi pengalaman yang buruk masa lalu akan mengakibatkan pertumbuhan peribadi yang menyakitkan.

cinta suci,cinta tidak buta,cinta adalah kepunyaan Tuhan;yang tidak suci dan buta adalah orang yang salah menggunakannya.
-Dr. Hamka

CABANG-CABANG CINTA

cinta buta tetapi hati tidak buta,maka arahlah cinta itu ke arah cinta yang mulia.

-fairos


cinta ibarat pokok yang tumbuh daripada biji benih dah subur jika dibaja dengan baik.pokok akan membesar manjadi rendang dengan cabang-cabang yang pelbagai. begitulah cinta ,mempunyai cabang-cabang yang tersendiri. asas binaan cinta ialah rasa keterikatan dan kebi
nasaan.


Agama tidak menggalakkan cinta yang terhad satu cabang objek sahaja dan masyarakat memberi tanggapan yang agak 'berlainan' kepada mereka yang tidak bercinta dan tidak berkahwin.



BAHASA CINTA


bahasa cinta sama seperti bahasa untuk tujuan lain, boleh
dibuat dalam bentuk lisan dan bukan lisan atau isebut juga bahasa tubuh. bahasa tubuh banyak digunakan untuk menyatakan perasaan cinta dan perasaan yang lain. bahasa seperti ini tidak akan menimbulkan keraguan seperti bahasa yang diucapkan. melalui gerak tubuh maksud yang hendak dinyatakan lebih ketara.

bahasa tubuh bukan sahaja digunakan untuk menyatakan perasaan cinta ,tetapi juga perasaan marah,kesal ,kecewa dan lain-lain. oleh itu,remaja di tuntut supaya pandai menguasai diri dan menyembunyikan perasaan dan keinginan supaya dapat disalurkan dengan cara yang te
rbaik agar terserlah perasaan cinta.

luahan cinta melalui bahasa tubuh sudah berlalu sejak kita dilahirkan. kegembiraan,ketenangan dan rasa kepuasan dapat dicapai malalui bahasa tubuh. namun begitu, orang yang saling cinta-mencintai secara mendalam mempunyai alat komunikasi cinta yang lebih daripada sekadar hubungan bahasa tubuh. mereka boleh berkomunikasi tanpa kata-kata.inilah yang disebutkan bahasa cinta. pasangan yang mempunyai hubungan yang paling erat dapat menterjemahkan sinar mata pasangannya dan boleh mengarahkan denagn menggunakan mata. bahasa cinta dapat berbicara banyak melalui bahasa tubuh dalam apa jua suasana pun. bahasa cinta yang juga dapat membuat pasangan boleh d
uduk berjam-jam tanpa melakukan apa-apa kerana sesungguhnya mereka berbicara dengan cinta tanpa kata-kata.

oleh itu,setiap remaja perlu mempelajari bahasa yang boleh menyatakan tentang dirinya. lagipun kebolehan memahami bahasa bukan lisan ini dapat memudahkan komunikasi di mana sahaja. kemahiran dalam bahasa bukan lisan akan membina kepekaan terhadap setiap perlakuan,terutama di khalayak ramai supaya tidak disalahertikan atau menyinggung perasaan orang yang ada bersama-sama dengan kita.

No comments:

Post a Comment