Followers

Wednesday, September 1, 2010

peti suara rosak?

macam gempakkan tajuk 2 .. tp sebenarnya realiti okeh .. sebelum 2 aku nak cerita dr mula dulu sampailah ke kejadian tu ..

pagi td dengan semangat pegi sekolah dengan harapan nak dapat paper exam , tp bila sampai sekolah lain pulak aktiviti ... sampai sekolah lepak dulu atas moto kat tempat letak 2 .. lepas 2 si naim datang sembang , dia ajak tunggu situ sampai 'Negaraku' then terus ke bilik LK . xyah naik atas kelas lg .. tunggu punya tunggu amani sampai .. lepas nyanyi gerak nak pergi bilik LK .. tp dengar pengumuman form 3,5,6 kena pergi dewan ada motivasi .. so aku terus lah ke dewan dah alang2 dok depan dewan ...

mula2 bila cikgu bagitau ada motivasi aku rasa macam nak p kat moto and nak balik time 2 jugak .. sebab motivasi sebelum nie biasa2 jah .. tp aku tetap bertahan jugak nak tengok motivasi kali nie macam mana ... bila cikgu umum nama motivater 2 dia pun masuk , tp xjalan tau , dia lari *jogging* mcm 2 .. nama dia Fahrol Radzi .. DR okeh .. dia 2 jenis xsuka guna mic .. dia surug tutup kipas so suara dia bole dengarlah satu dewan .. tp awal 2 dia ada cakap , suara dia lama kelamaan akan slow ..

dia mula dengan aktiviti yang berkaitan dgn diri , dia bg kesedaran kat kitaorg .. dia jugak da cerita pasal peribadi dia , sedih sngt dengar .. then apa yang dia cakap buatkan kitaorg sedar yang kitaorg patut bersyukur sngt2 .. dia pun cakap dengan penuh perasaan sampai nangis teruk .. aku dah lama tahan air mata xnak bg jatuh , tp dalam hati xtahan dah , nafas pun dah macam lain .. tiba2 aku dengan member sebelah aku nangis , aku pun xdapat tahan dah kot .. sedih sangat .. korang pun akan nangis lahh kalo dengar ..

lepas habis slot pertama dia terus keluar dr pintu belakang and terus naik kereta .. xtau lah pergi kemana .. dah la nangis pun xabih lg .. dlm kul 11.35 dia sampai balik then terus dgn slot ke-2... slot nie da kaitan dgn tumpuan and ilmu yg dia blajar ckit .. dia da belah buah nenas guna pedang samurai dia.. dia letak buah 2 atas tangan kot time belah 2.. tp xdarah ckit pun tangan dia .. dia bgtau sebab apa xdarah .. then dia guna pisau belah dr pipi kiri terus ke lidah and ke pipi kanan tanpa ada sebarang luka or darah .. sebanarnya apa yang dia bt 2 ada kaitan dengan sains and math bg pedang 2 and sains utk pisau 2... hairan kan ..

then diteruskan lg .. and sampai kul 1 lebih tetiba dia macam nak muntah .. heran kot awat jd mcm 2.. then dia terus ambk air dlm botol komor2 mulut and basuh muka .. dia cakap dia biasa pitam time bagi motivasi so dia kena basuh muka n kepala ckit.. and dia jugak da bgtau yang peti suara dia sebenarnya rosak , doctor dh nasihat utk dia rehat , tp dia xnak..dia nak teruskan jugak ... dalam keadaan 2 pun dia tetap jerit kuat2 .. then keadaan yg serupa pun jd lg .. tp dia pusing depan and sambung cakap balik .. air mata aku dh bertakung time 2 sakit kot kalo aku jd dia .. and dia teruskan jugak jerit2 and cakap walaupun suara dia xkeluar sepenuhnya.. and yang terakhir terus darah keluar and dia xtahan .. ambk air komor and dia ludah dalam dewan jugak .. memang nampak darah laa keluar dari mulut 2.. sakit kot aku tengok .. dia mintak sangat kami berubah .. and dia sampai nangis2 cakap and melutut.. aku nangis kot time 2.. aku nie walaupun kasar tp hati lembut beb , mudah tersentuh kot ..

time dia ckp masa slot pertama 2 and da 1 part nie tetiba aku teringat kat 'cat' , 'dek jan' , 'ril' .. kebetulan sebelah aku ada buku 2.. aku memang nangis sngt kot .. tp aku bangga dengan ril sebab dia telah berjaya menggembirakan ibu bapa dia atas kejayaan dia .. aku terut bangga ada sahabat macam 2.. tapi agak terkilan sebab dia xsempat nak balik malaysia and naybe jumpa aisyah.. *sorry aku ingtkan balik

dalam kul 2.10 kami bole balik and tengah bawak moto td sampailah sekarang aku masih ingt lg darah keluar dr mulut dia and masih terngiang2 suara dia .. kalo bole aku nak salam dengan dia like aku salam dengan ayah ... aku doakan semoga peti suara dia akan baik and dia di lindungi ALLAH selalu ...

**maybe aku merepek sikit cerita nih .. aku pun xtau nak terang macam mana .. tp apa2 pun td motivasi yang the best yang pernah ada kat sekolah and 2nd motivasi yang best bg aku .. and sorry cerita aku xberapa menarik , aku nak siapkan cepat2 and xtau nak cerita apa yang kitaorg lalui pg td ..

No comments:

Post a Comment