Followers

Tuesday, February 8, 2011

Surat Untuk Bakal Suami :)

Assalamualaikum.

Awak, saya tak tahu awak siapa tapi biarlah saya luah dekat sini okay ? Saya tahu awak ada di luar sana. Satu hari nanti, saya pasti. Awak mesti akan baca entri ni. Awak, awak buat apa sekarang? Jangan lah awak bermesra dengan perempuan lain pulak. Saya tak marah awak kawan tapi selagi awak tahu jaga batas, itu pun dah cukup. Jangan biar perempuan berharap dengan awak, kelak awak akan sakiti dia. Saya perempuan, saya tahu sakit macam mana berharap dekat someone yang kita cinta tapi tak berbalas :'(

Awak, kalau saya tahu awak siapa, tak perlu lah saya lawan perasaan gila gila untuk lupakan memori lama saya sebab saya yakin dengan awak, awak boleh bahagiakan saya. Awak tahu tak? saya rasa macam hati saya kena toreh saja bila saya fikir pasal kenangan lama saya. Saya tertanya-tanya kenapa saya dilakukan sebegini ? Apa saya sangat tidak baik kah waktu dulu ? Kenapa saya ? Apa saya tidak layak dicintai ?

Awak, awak lah tempat saya mengadu. Saya tahu ni tempat umum, tapi apa boleh buat. Saya cuma yakin awak ada di luar sana. Awak, saya tak nak awak rasa macam mana saya rasa jadi awak jagalah hati awak untuk orang lebih layak bagi awak. Awak nak bersuka ria ? Perlu kah sampai awak lukakan hati insan lain? Hurm. Awak, saya mohon jangan. Persiapkan lah diri untuk yang selayaknya.

Awak, kalau awak tahu apa yang saya rasa sekarang, mesti awak turut menangis. Awak, saya tak boleh henti menangis, tapi bila saya fikirkan pasal awak bakal suami saya, terus saya kuatkan diri saya. Awak saya terluka sangat, kenangan yang lepas masih menghimpit saya, kalau ia bahagia tak mengapa tapi ia menyakitkan saya. Kalau awak ada sekarang, mesti awak yang tenangkan saya kan? Saya rindu awak =.='

Awak, hati perempuan ni lembut dan rapuh sangat. Saya ni boleh tahan kuat cemburunya tapi bukan cemburu buta. Saya benarkan awak berkawan dengan sesiapa saja tetapi dengan cara yang betul. Saya tak minta awak perfect, dengan kekurangan dan kelebihan yang awak ada itu lah perfect bagi saya :)

Awak, kalau kita kahwin nantikan, tolonglah jangan beri sakit yang sama macam saya rasa sekarang pleaseeee. Permainan hati ni dasyat, hati kalau dah beku memang lagi susah. Awak, ada orang menanti saya, dia terluka dengan saya. Adakah dia itu awak? Awak, kalau dia itu awak, saya mohon maaf. Tiada niat, cuma saya perlukan masa untuk diri sendiri. Untuk pulihkan diri, hati saya.

Awak, kalau awak seorang insan yang belum saya kenal. Nahhh, awak mesti lagi faham kan apa yang saya rasa sekarang. Takkan awak nak biarkan saya rasa lagi macam sekarang? Kepercayaan, keikhlasan dan rasa hormat itu yang perlu ada dalam hubungan. Kita perlu sama sama jaga tiga perkara tu and agama paling wajib. Kita perlukan keberkatan. Nanti kalau awak baca entry ni mesti awak sedih sebab isteri awak tengah sedih, kan kan ? :')

Awak, would you do something for me? Please jaga hati awak. Jangan berpaling arah. Cintalah pada yang satu. Pleaseeee. Kalau awak yakin awak cintakan someone, please berpeganglah kepada keyakinan itu. Dalam agama juga mengajar kita untuk setia, setia kepada Allah. Praktikan semua itu dalam kehidupan. Walau awak sunyi atau bosan, bukan dengan caranya awak bermesra melampau dengan perempuan lain. Manner itu penting. Awak nak isteri awak baik, awak kena baik jugak ! Pleaseeeeee ;(

Awak, nanti ada masa saya tulis lagi untuk awak. Awak, kalau dengan awak, saya nak menangis sebab saya dapat rasa kebahagiaan. Itu yang saya nak pada satu masa nanti. Awak, pelihara hati dan agama awak. Jaga diri awak, jangan cemari diri awak. Baik atau jahat. Saya cintakan awak. Kuatlah sekarang untuk kebahagiaan akan datang sayang :)

2 comments:

  1. sedeyhnye surat ni. just be patient. he will come k sayang!

    ReplyDelete
  2. kak ayin - nie ayu dpt dpt 1 tmpat .. hehe .. bkn ayu yg tulis , kalo ayu terus terang je ckp :))
    btw , surat nie memang sedih , and ayu pun fikir mcm dlm surat 2 :) thanks ya dear

    ReplyDelete