Followers

Wednesday, April 6, 2011

Jenis Lelaki Yang Tidak DiSukai Wanita

1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh. Lelaki seperti ini perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

Kaki pukul. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tidak mahu mata biru atau badan lebam-lebam apabila sudah berumahtangga.

3. Gementar

Takut sangat, tidak yakin diri sendiri, tidak percaya kebolehan diri, dan bergantung pada orang lain. Lelaki seperti ini perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah

Tidak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan sahaja. Wanita tidak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri. Pantang lihat perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat ingin mengorat. Lelaki jenis ini perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja.

No comments:

Post a Comment