Followers

Wednesday, April 6, 2011

Tafsir Mimpi Menurut Tajul Muluk

1. Sekiranya anda bermimpi dipatuk atau di belit ular anda akan memperolehi isteri/suami.

2. Jika bermimpi mengerjakan sembahyang, sempurna pekerjaan dunia dan akhirat

3. Jika memakan api, anda akan memperolehi seorang isteri yang papa tetapi bijaksana.

4. Burung putih terbang di rumah atau dapat ditangkap, alamat beroleh pasangan hidup yang budiman lagi berharta

5. Membaca Al-Quran, anda akan panjang usia dan memperolehi apa yang dihajati.

Do'a Ketika Mimpi Baik

"Alhamdulillahil-ladzii qadlaa haajati"

Ertinya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku"

(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)

"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"

(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)

"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."

Do'a Ketika Mimpi Buruk

Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakannya pada orang lain.

Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami

"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada perbuatan syaitan dan dari keburukan mimpi."




No comments:

Post a Comment